30 June 2012

Pabila isteri berkata pada sang suami....

Aku : Esok confirm balik ke?
Mr. edy : Confirm... Dah tak larat duk sini sorang2.
Aku : Yelah... susah lah nak pergi mana-mana pun kena pergi sendiri. Tak kesian ker?
Mr. edy : Nak buat macam mana. Demi mencari rezeki untuk anak-anak dan isteri juga.
Aku : Tahu lah... Tapi tak sedih ke tengok isteri kena pergi mana-mana sendiri. Semua kena uruskan sendiri...
Mr. edy : Habis tu...


Nampak tak kat situ. Aku dah agak dah, bila lelaki tahu bini dia boleh bergerak sendiri. Makin senang hatilah dia kan.

Memang isteri kena bertimbang rasa tapi timbang rasa yang ada batasnya. Sang suami pun jangan nak naik lemak. Ada masa pun kata tak ada masa nanti...

29 June 2012

Perkhidmatan apakah ini?


Ada ke perkhidmatan hisap t*t*k kat Malaysia ni? Geli geleman aku bila bukak akaun nuffnang nampak keywords cam tu.

Aku dah try google, alhamdulillah tak ada dalam senarai pages pertama. Mungkin sebab blog ni ada story pasal penyusuan susu ibu tu yang ada istilah menetek bagai kan.

Bikin malu ai sahaja....

Selamat Tinggal EBM

Hari ni planning nak throw away semua EBM yang dalam fridge tu. EBM ni terhasil ekoran aku dapat interview jawatan Pen. Penguasa Kastam tempoh hari. But interview tu gagal...

Time dapat tahu nak kena pergi interview tu, puas siang malam pagi petang duk mengepam. Risau nak tinggalkan Hakeem, takut Hakeem kelaparan pulak.

Memula perah dapatlah hasil setitik jer. Kemudian bertambah ke 1oz dan paling banyak pernah dapat 3.5oz. Penat ooo mengepam ni rupanya. 

Nak pump kena consistent. 2/3 jam sekali kena pump. Everyday. Barulah penghasilkan susu makin banyak dan meriah. Time tu jugak aku selalu lepak kat FB KIM (Kumpulan Ibu Menyusukan) untuk menambahkan ilmu dan berkongsi pendapat.

Sekali tiba hari interview setitik susu pun Hakeem tak mahu minum. Rela tahan lapar 4 jam sampai aku habis interview. 


Ciput jer kan? At least adalah jugak usaha. Ko ada????

Susu ni di pump dari bulan Februari. Frozen EBM tahan 3 bulan je kalau dalam peti ais dua pintu. So dah tiba masa untuk dibuangkan... 


*Salute dekat ibu-ibu bekerjaya yang mampu menyusukan anak mereka hingga 2 tahun. Ingat senang....

Jom Breakfast dengan Mee Goreng Idaman Sekecil!

Sesuka hati jer bubuh nama resepi sendiri padahal tengok resepi orang lain. Poyo... kih kih kih

Nak tahu kenapa Mee Goreng ni dinamakan Mee Goreng Idaman Sekecil? Sebab hari nilah anak dara aku berjaya makan mee goreng air tangan mama dia. Siap bertambah. 

Selama ni mama sofea masak memang untuk di telan dek tekak dia sorang jer. Pedas bukan main.

Tapi tolong jangan terpedaya ini breakfast semalam punya. Mungkin waktu korang baca entri ni kami anak beranak masih lena di ulit sepi intan lagi.

Untuk tatapan semua yang tengah bekerja. Fulltime housewife mesti tengah tido lagi nih...

Resepi : 

Celur mee dan toskan. 

Tumbuk 3 ulas bawang putih + 1 biji bawang merah + 1 biji cili merah. 

Tumis bahan tumbuk hingga garing.

Masukkan 3 sudu sos cili + 1 sudu sos tiram + 1 sudu sos tomato dan kacau. 

Masukkan bahan rencah seperti ayam & sayur sawi 

(sebab rumah daku tengah-tengah minggu tak ada taugeh).

Masukkan air masak. Sukatan ikut kalau nak buat mee basah bubuh banyak sikit air. 

Kacau lagi. 

Last sekali masukkan sotong dan mee. 

Bubuh kicap (agak-agak kehitamannya), garam dan kacau sebati. 

Kalau bubuh taugeh boleh masukkan lepas masuk mee tadi.


* Memasak tiang kebahagiaan (sesukati jer cipta ayat)

27 June 2012

Sofea dah bebas dari lampin pakai buang?

Semalam pas balik dari beli barang dapur dua kali sofea mengangkang kaki sambil pegang-pegang pampers dia. Tak lama pas tu sofea mintak mandi. 

Masa tu aku ingat sofea nak mandi sebab pampers dia dah berat. Mungkin dia rimas. Tapi bila bukak pampers tengok langsung tak basah. Maknanya sofea tak kencing pun. 

Tapi aku still lah mandikan sofea. Dah alang-alang bukak baju tu...

Pas mandi terlintas kat dalam kepala mungkin sofea dah rasa tak selesa bila pakai pampers. Mungkin inilah masanya untuk sofea bebas dari lampin pakai buang.

So pas mandi aku cuba tak pakaikan sofea pampers. Memula tu dia teraba-raba jugak seluar. Mungkin dia rasa lain macam. Agaknya banyak sangat angin yang masuk kot.. hik hik hik...

Kemudian aku bawak sofea keluar main-main kat laman rumah. Masa main tu ada rasanya dekat sepuluh kali aku tanya sofea nak kencing ke tak. Sofea pun naik rimas di buatnya.

Aku bukan apa risau dia terkencing dalam seluar jer. Dahlah mama dia ni jenis pemalas nak basuh baju bebanyak kan... :-)

Bila dah banyak kali tanya, sofea pun kata jap eh dengan bagi isyarat angkat tangan lagi. Kemudian sofea pergi kat bilik air luar rumah arwah mak aku dan mintak bukakkan seluar. Kemudian sofea kencing sikit. 

Dalam hati kembang kuncup sebab anak dah pandai kencing. Tak yah lah bagi pakai pampers lagi kan.

Tapi korang ingat sesenang tu ke nak bebaskan anak-anak daripada lampin pakai buang ni. Banyak cerita dan pengalaman yang aku dengar dari member-member dan ipar duai, mesti kena ajar dulu baru boleh pandai. Ini tak ada apa-apa tup tup dah nak tak pakaikan pampers terus...:)

Pas main kat luar rumah tu sofea pun tertido. Dalam sejam kemudian dia terjaga. Aku terus tanya nak kencing ker. Apa lagi orang tengah mamai, marahlah sofea aku tanya memacam. 

Then masa aku duk dapur terdengar sofea panggil aku. "Mama, mama...basah lenjun...". 

Adusss... time tak perasan time tulah dia dah terkencing pun. 


* Nanti kita belajar lagi yea sofea. Slow slow..

Not a single mummy

Hari isnin lepas aku dah selamat tukar duit-duit syiling aku. Aku tukar kat Bank Islam. Kira bukan tukar tapi aku cakap nak masukkan dalam akaun bank. Berat giler nak bawak ke bank duit tu...

My sis kata kalau kita saja-saja nak tukar ke RM kena caj. Betul ker? Sebagai langkah keselamatan baik cakap nak masuk terus dalam bank pastu gi cucuk jer kat ATM machine. hi3...

Masa aku ngan my sis kira semuanya RM 320. Sekali hantar ke bank dapat RM 318.90. Human error.. Customer Machine always right.. Haahhaa... Actually duit 50 sen ada yang kena reject dek machine. Setengah jam lebih jugak duk nunggu sesi pengiraan.

Siap urusan pertukaran syiling, lari pergi ke pejabat pos untuk urusan pengeposan novel sambil bawak anak-anak main kat playground yang ada dalam Giant tu. (pernah citer pasal taman permainan dalam giant kat SINI)

Esoknya, hari selasa selesai siap masak (masak sardin jer, kih kih kih) terus berkejar ke OTK untuk cari susu sofea dan lauk pauk. Semua barang rumah banyak dah habis. 

Membeli belahlah aku bertiga ngan anak-anak. Nasib baik hari kerja, orang tak ramai. Masukkan diorang berdua dalam troli je senang. 

First time ni beli barang dapur sorang-sorang. Rasa nak nangis jer, dah nangis pun... sob sob (sambil lap air mata). 

Sepanjang hampir 4 tahun kawin memang aku tak pernah beli barang sengsorang. Mr. edy jenis peneman. Kata je nak gi mana, no hal. Tak adalah nak buat muka ke apa macam setengah laki. Tapi sebab sekarang mr. edy bz sesangat jadi aku kena independent. Kalau tak, tak makan anak-anak. 

Malam hari pulak aku pergi ke Maybank bayar duit kereta. Ngangkut sekali lagi anak-anak. Orang tak ada maid macam ni lah. Diorang pun kecik lagi. Nak tinggalkan kat adik/adik ipar/kakak takut depa nangis pulak. 

Aku dah lama kagum tengok ibu-ibu yang boleh berdikari sendiri. Pergi bank sendiri. Pergi shopping sorang-sorang. Pergi market ngan anak-anak. Now my turn....


* hari ni sampai sabtu mr. edy outstation ke terengganu :-(

Bila Hakem Menangis....

Hakeem ni suka sangat menangis kalau orang tak beri perhatian kat dia. Pastu pantang aku tekan keyboard mulala berbunyi. Tapi bila aku duduk kat sofa atau baring kat katil elok jer dia main sengsorang dia.

Kalau dah start menangis, bukan senang nak berhenti. Tapi sekali aku letak atas meja komputer terus senyap. Bukan main suka lagi. Dapat sepahkan barang kat rak baru aku tu.

Tengah ngendeng-ngendeng benda apa yang nak dicapai. Abaikan plastik sampah kat tepi tingkap tu. Pemalas punya surirumah tangga.

Macam tahu-tahu orang nak snap pic terus senyum.

Tengok tu ha habis semua benda dia campak ke bawah.


Gambar yang ni time Hakeem dapat panjat rak TV. Memang kuat memanjat dia ni. Dia dapat panjat sendiri sekali tak reti nak turun. Apalagi menangis bagai nak rak. Sebelum turunkan sempat jugak aku snap.....:P

26 June 2012

Barbie & The Three Musketeers

Dulu sofea suka tengok citer upin dan ipin sdan boboi boy. But now sofea dah mula layan cerita dongeng inggeris zaman purba kala tu. Ala citer cam Rapunzel, Cinderalla, Snow White tu. Dah nama perempuan kan....

Alkisah kenapa sofea mula bertukar ke cerita macam ni sebab aku dah tak tahan nak beli cd upin ipin dan boboi boy. Mahai.. Satu RM 18.90. Pastu tak sampai sebulan dah sangkut sangkut..

Bukan sebab cd yang aku beli tu cd pirates. Tapi sebab tangan sofea suka benar scartch itu cd. Dah tu citer boboi boy bukan bagi pengajaran kat budak-budak. Banyak bergaduh je lebih.

Masa nak beli kat Giant hari tu, sajalah aku tunjuk cd Barbie & The Three Musketeers kat sofea. Terus dia berkenan. Harga pun quiet ok. RM 9.90. Citer ni pun best. Siap aku ngan mr. edy pun melayan sekali.

Then aku tambah beli lagi satu cd citer Tom & Jerry. RM 9.90. Ha.. kan harga sama tapi boleh dapat dua cd tu. Cd Tom & jerry ni mr. edy request. Balik rumah pasang puas  hati sebab sofea pun suka. Siap tergelak sorang-sorang lagi.

Dalam case ni ada 2 cd. kira satu cd 5 hinggit la kan....


* Sekarang semua barang mahal-mahal. Kena berjimat cermat. Dah lah ai tak kerja la ni....

Sejujur Hatimu

"Mungkin ALLAH menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang tepat"

Benarkah?

Aku ambil kata-kata ni dari novel sejujur hatimu karya Umi Azrini. Rasa macam betul jer. Sebab ia benar-benar berlaku dalam hidup aku. 

Aku rasa pun benar bagi orang lain. Kalau dibuat kajian mesti 9/10 orang bercinta, cintanya putus di tengah jalan kan. Kemudian bertemu jodoh dengan pilihan kedua. Yang pasti pilihan yang kedua adalah yang tepat. 

Orang lelaki bukan boleh percaya sangat kan. Hihihhi... Ini teori aku reka sendiri, bukan betul yea... jangan percaya pulak.

Tapi kalau korang bercinta 4 5 6 7 kali pastu yang ke 8 baru kahwin tak payahlah guna pepatah di atas tu. Memang hang kuat bercinta gamaknya....

Nak tahu kenapa aku cakap benar? Ermmm, tak yah story la kot. Past is past... Tapi pepatah ni memang sesuai benar dengan aku. 

Kengkadang kita akan terkenang jugak kisah silam yang lalu. Korang jangan ingat kisah silam ni kisah hitam tau... Tak ada apa-apa yang hitam. Semuanya adalah sejarah hidup. 

Walau pun kisah lalu itu pahit, dan aku cuba buang jauh-jauh dari ingatan tetapi kadang kala ia hadir jugak dalam ingatan kita. 

Memang susah ke nak buang ingatan tentang masa lalu? Kecuali bila kita dah lupa ingatan... (apa aku melalut ni...)

25 June 2012

Thank you orang sabah dan sarawak!

Disebabkan adanya orang Sabah dan Sarawak ni maka laku jugak lah baju kurung @ prelove item aku tu.

Orang semenanjung ada jugak yang tanya tanya macam berkenan. But at the end of the day senyap. Tak salahkan depa jugak sebab mereka berhak memilih. 

Yang aku tahu dekat sabah dan sarawak susah ye nak cari baju/kain cantik cantik. Kalau ada pun mahal-mahal belaka. Betui ker? Hanya orang sabah & sarawak jer yang boleh jawab ni...

Aku jual prelove item aku tu bukan bertujuan nak cari untung tapi lebih pada suka-suka. Duit yang aku dapat tu, aku nak beli barang idaman hati macam yang pernah aku mention sebelum ni.

Anyway thank you Sabahan & Sarawakian dan semua customer yang pernah beli barang aku...... 


*Psst... kalau nak lihat novel ke baju ke lawatlah blog aku ni : http://antiqueshopp.blogspot.com/.

Satu Tahun Seratus Ringgit, Tiga Tahun???

Hari tu aku ada tulis pasal duit syiling kan? Haa... sabtu lepas tergerak hati nak mengira semua syiling yang ada. Siap sort duit lama-lama tu. 

As i mention duit syiling lama wajib di simpan. Tak akan tukar ke bank. Lagi lama simpan lagi tinggi nilainya.

Actually aku dah simpan duit syiling sebelum kawin. Tapi taklah banyak mana. Ada dalam 20 30 hinggit jer.

Selepas setahun kawin baru aku aktif simpan duit-duit syiling ni. Mr. edy penyumbang utama. Orang lelaki memang kurang gemar nak guna duit syiling. Tahu nak pakai duit kertas jer.

Setiap kali nak basuh seluar mr. edy, setiap kali tu wajib check poket seluar. Kutip semua duit syiling yang ada. Duit ringgit pun. Huhuhu... Masuk tabung.

Ini dia tabung duit syiling aku. Bukan tabung pun. Botol/tupperware jer. Dah siap bilang dengan my sis. Siap tulis berapa amaun lagi. Takut lupa.

Tutup botol merah duit 50 sen. Botol fiffy warna pink tu duit 20sen. Tupperware putih duit 10 sen.


Cepat kira berapa nilai duit syiling ni? Jawapan dah tersedia dekat tajuk ngan tutup botol tu. :P


Aku nak tukar ke bank dalam masa terdekat ni sebab nak beli barang idaman aku. Kalau saja-saja nak tukar memang mr. edy dari awal-awal lagi tak bagi. 

Dengan duit ni pun masih tak cukup sebenarnya nak beli barang idaman hati. Ingat nak topup dengan duit business online dan duit nuffnang. But still not enough....... :-(


* Nanti aku gitau apa barang idaman hati kalau dah dapat beli ye...

24 June 2012

Perbualan Mama & Sofea

Sofea : Mama ni .........

Mama : Horse
Sofea : Bukan... kuda


Mama : Key
Sofea : Bukan... kunci



Mama : Monkey
Sofea : Bukan... Monyet
Mama : Monyet
Sofea : Picam (Pisang)...
Mama : :-) (senyum) iye.. monyet makan pisang



Mama : Rose
Sofea : Bukan... bunga



Mama : Peguin
Sofea : Bukan... bird


* Finally.. ada jugak sebutir sebutan english walaupun salah tu sofea. 
* Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan/Bahasa Kita Wajah Kita/Budi Bahasa Budaya Kita :-)

21 June 2012

Kebaikan membela ikan dalam rumah

Semalam pas mr. edy habis driving driving (bawak lori), balik jer rumah aku tengok mr. edy  menjinjing satu beg plastik. 

Tak lama pas tu mr. edy keluar masuk keluar masuk rumah. Cari itu ini. Bukan main bz sampai nak tegur bini pun tak sempat. Kemudian mr. edy angkat aquarium yang ada kat luar rumah. 

Rupa-rupanya mr. edy sibuk nak menghias aquarium. Nak bela ikan. Inilah aquarium yang dah siap ditata hias oleh mr. edy. Cantik kan?


Aquarium ni dapat daripada seseorang masa buat job pindah rumah. Kat rumah aku ni semua barang orang bagi, barang recycle. huhuhu...

Sebenarnya aku tak suka sangat bela-bela binatang ni. Tapi tak nak lah complaint complaint, biarlah mr. edy nak buat apa pun. Janji dia happy. Aku takut bising bising kang jadi macam kes kucing itu hari. Tak suka tak suka last last mati.

Bila mr. edy perasan yang aku buat tak tahu jer pasal hobi baru dia ni terus dia bagitau apa tujuan sebenar dia nak bela ikan tu. 

Kata mr. edy kalau kita bela ikan dalam rumah, ada orang cuma nak sihirkan kita, sihir tu takkan menjadi sebab ada benda hidup dalam rumah. Ini kes berjaga-jaga akibat kejadian aneh dan mimpi yang aku  bagitau hari tu lah. (Boleh baca entry tu kat SINI).

Kata mr. edy lagi, ikan yang dia bela dalam aquarium ni jenis ikan yang tak tido. Ntah betul ke tidak aku tak sure. Ikan tido ke tak sebenarnya haaa????

Yang pasti ikan ni mr. edy sauk kat dalam longkang depan rumah aku tu. hahahaha... Longkang umah aku tu pulak ya ampun kotor nak mampus. Hitam pekat airnya...

Mr. edy kata dia dah cuci 3 4 kali ikan ni kasi bersih semua bau longkang tu. kih kih kih...

20 June 2012

Jam tangan pertama sofea

Sebenarnya tak rancang langsung pun nak belikan sofea jam. Masa pergi mydin sabtu lepas ada jualan kat ruang legar depan pintu masuk mydin. 

Jadi sebelum beli barang dapur kitaorang cuci mata dulu. Macam tahu tahu je mr. edy memang nak beli spek mata hitam untuk pakai time bawak lori.

Masa nak blah tu, terpandangkan banyak jam tangan yang comel comel. Kecik kecik pulak tu. Memang sesuai untuk tangan sofea.

Sebab dah lama tak beli apa-apa untuk sofea, kitaorang decide belikan sofea jam. Boleh jugak ajar dia angka dan waktu. RM10 hinggit jer.... 

Terus aku pilih warna hijau. Bukan sebab sofea minat tapi aku yang minat. hi3... Keliling jam ada gambar angry bird. 


Nampaknya sofea pun suka pakai jam ni, dapat bertahan sejam dua jugaklah. 

Tengok gambar tu, bila suruh posing terus sengit kepala. Dan paling tak tahan sofea siap ambik buku buat-buat baca... 

Aksi ni bukan disuruh suruh tau. Tapi sofea buat secara spontan lepas aku halakan kamera. Budget macam artis sungguh....

19 June 2012

Ayam Goreng KFC untuk si kecil anda



Nak tanya mummies-mummies sekalian korang bagi tak anak kecik korang makan ayam goreng KFC tu?? 

Actually aku sejak kecik memang tak pernah makan KFC until dah nak masuk universiti baru dapat merasa makan. Memanglah arwah mak ayah berjaga pemakanan kitaorang. Tapi reason paling utama sebab dulu-dulu susah. Jadi tak dapatlah kitaorang adik beradik merasa KFC tu awal-awal lagi. 

Kalau boleh aku pun nak ikut jugaklah jejak langkah arwah mak. Tak nak kasi anak-anak masa kecik makan makanan fast food. Memang KFC tak elok untuk budak kecik kan. 

Tapi zaman sekarang yang serba moden memang susah sangat nak sekat kat budak-budak ni. Kadang kadang diorang lebih pandai dari kita. Betul tak? Jadi terskip jugak lah pantang larang yang aku ciptakan itu. Dapat jugak ayam tu masuk ke mulut sofea... huhuhu

Sebagai salah satu inisiatif yang lain, aku terpaksa bagi sofea makan ayam goreng KFC buatan sendiri. Gambar atas tu macam bukan ayam goreng jer kan. Macam cekodok. Tapi sedap okeh...


Resepi : Goreng ayam yang telah digaul dengan telur putih, garam dan tepung goreng KFC. Siap. ^=^

Hisapan Pertama Hakeem

Akhirnya Hakeem dah pandai minum guna straw.... Dua hari lepas aku macam biasa tiap kali minum air guna straw mesti sua sikit kat hakeem, tujuan nak mengajar. Memang tiap kali orang minum air berstraw mesti dia ngendeng-ngendeng nak. 

Selalu sua hakeem hanya gigit je straw tu. Pastu kalau kita cakap, hakeem hisap hisap mesti tak boleh-boleh hisap. Kali ni tak cakap suruh hisap pun tetiba hakeem dah boleh sedut dengan sendirinya.


Dekat sebulan jugak aku ajar hakeem menghisap guna straw. Finally berjaya...

18 June 2012

Kepala teleng sebab makan leher ayam?

Asal kata senyum, tangkap gambar, hala kamera sikit confirm aksi sofea macam ni. Asyik sengitkan kepala. 

Nak kata bagi makan leher ayam memang tak ada. Peha ayam jer pun selama ni dia rembat.

Sengit kiri.

Sengit kanan.

Yes Bos! Siap dengan tangan sekali.


Tak kira seorang ke berdua tetap nak teleng kepala.


Jangan nanti bersanding pun kepala teleng dah ler. Kih kih kih... Mama sampai ke situ fikirnya... Lambat lagi pun nak kawin.

16 June 2012

Pengalaman menjual baju terpakai

Setakat orang tanya-tanya kemudian mintak nombor akaun kata nak masukkan payment tapi bila check hapah pun tak ada dan ada yang beria nak beli kemudian terus senyap tu biasalah kan. 

Tapi ada satu pengalaman yang membuatkan aku berfikir dua tiga kali jugak lah sama ada nak terus jual my prelove item atau tidak.

Kisahnya satu hari tu aku dapat sms dari seorang customer bertanyakan pasal baju kurung yang dia berkenan. Sms punya sms kemudian dia mintak pakai satu hari. Dalam otak aku ni rasa cam confius kalau dia tak berkenan pastu dia nak return back ker baju tu? Atau dia nak datang umah testing dan bawak balik dulu ker? Bila aku call dia tak angkat. Mr. edy kata jangan layan lah orang macam ni.

Ok fine. Aku pun buat dont know jer. Esoknya dapat lagi sms nombor yang sama tanya samaada baju yang dia nak tu available lagi tak. Masa time tu kalau korang mestilah ingat dia nak beli betul-betul kan. 

Walaupun semalam tak layan hari ni dia still hantar lagi sms. Menunjukkan betapa bersungguhnya dia nak beli baju aku tu. Walau pun sebenarnya baju yang dia nak tu antara baju yang aku rasa coraknya old fashion. 

Sekali lagi kitaorang bersms. Sms punya sms barulah faham rupanya dia mintak aku yang pakai baju tu sehari. Lepas aku dah pakai dia akan bankin duit dan aku boleh pos baju tu. Kiranya aku tak payah basuh baju tu. 

Ko ni gila ke apa? Teruslah ayat ni yang dia dapat dari aku. Kemudian dia mintak maaf dengan cakap dia cuma nak lepaskan gian dengan baju licin aku tu. Bukan nak pakai pun. 

Eeee... geli geleman aku baca sms tu. Mesti dia ni lesbian. So aku ignore je customer macam ni. Taulah itu baju terpakai tapi aku selective jugak tau customer yang macam mana sesuai untuk menyambung warisan aku tu... hi3... 

*Ada customer non muslim jugak tapi aku redha je jual. Tak pe ker ha?

15 June 2012

Nasi Goreng Recycle

Menu breakfast pagi ni Nasi Goreng. Hari ni aku masak nasi goreng special tau. Special ke recycle? Nasi ni dinamakan Nasi Goreng Recycle sebab semua bahan-bahan adalah recycle @ ihsan orang. 

Nasi putih my sis amik kat opis dia. Rencah daging pun my sis yang kasi. Daging ni catering masak apa ntah. Dahla tak sedap, hangus pulak. Sebab sayang nak buang aku recycle kasi buat Nasi Goreng.


Ramuan dan cara nak buat senang jer tumbuk bawang putih bawang merah dan sedikit belacan. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi dan kaau. Masukkan pula sambal belacan sesudu dua (bahan recycle yang memang tersedia dalam peti ais) dan daging recycle tadi, masukkan telur, sayur sawi or kobis. Kacau. Last masukkan nasi putih, garam dan kicap. Gaul sebati.

Selamat menjamu..........mata.

14 June 2012

Buat Kayu Golf daripada Raket Badminton

Kat rumah aku ada sepasang raket badminton pemberian kawan mr. edy beberapa bulan lepas. Dengan adanya raket ini umpama pengerat kasih antara aku dan mr. edy. chewah... :-)

Iyelah... kalau ada masa terluang pepetang, sejak raket ni hadir dalam hidup kitaorang, mr. edy rajinlah ajak aku main badminton. Selain dapat bersuka ria boleh jugak menyihatkan badan.

Tapi sekarang dah tak ada aktiviti berbadminton sejak sofea dah patahkan salah satu raket tu. Sebenarnya sofea ni boring, dulu duk nursery ramai kawan. La ni  duk rumah dah tak ada kawan, memacam benda dia buat untuk hiburkan hati dia sendiri. Kesian anak mama....

Memula dia main main dengan raket tu. Kemudian dia hempok hempok kat lantai. Akhirnya dia pijak pijak raket buat bentuk kayu golf. 




Nampak tak kreatif betul kepala otak dia sampai bengkuk dibuatnya raket tu. Raket yang satu lagi  tu terpaksa aku sorok sebab kalau dia nampak confirm nangis-nangis mintak.

Pas ni nampak gayanya kena cari aktiviti riadah yang lainla pulak. 

Lolipop with Keychain Patrick

Hari isnin lepas kitaorang pergi ke JPJ, Maju Junction KL. Jauh giler nak renew roadtax lori. Sebab kalau nak renew yang kat Padang Jawa tu ntah pukul berapa baru siap. Ramai na orang kalau dah tetengahari baru nak bergerak dari rumah.

Dah siap semua urusan, tiba time nak bayar parking kat auto pay station, sofea terus berenti kat satu kedai di situ.

Kedai jual coklat lolipop dan kacang-kacang. Boleh pulak diorang bukak kedai tersorak kat tepi autopay station tu. Strategik pemasaran sungguh. Memang mengundang budak-budak dan si sofea nak bertandang ke situlah kan.

Mr. edy pulak memang jenis melayan. Apa yang anak-anak mintak semua dia nak beli. Kalau aku memang aku sanggup je biar anak nangis daripada belikan. Ala diorang ni nangis kejap jer. Naik kereta senyap lah kan. 

Lagi satu aku memang tak sukalah nak belikan gula-gula and cekedis-cekedis untuk anak-anak. Tak elok kan makanan tu semua. U all yang ada anak dalam dua tiga tahun bagi tak diorang makan benda-benda ni semua??

Aku kalau dapat masa kenduri oklah nak kasi diorang merasa. Kih kih kih... Itu namanya budget kedekut ^=^... hahaha....

google

Lolipop lebih kurang macam nilah yang menjadi permintaan sofea. Betul ke gula ni namanya lolipop? Mr. edy beli yang bentuk bulat. RM 4.90. Mahai... tapi masa tu aku redha jugak mr. edy beli sebab dah terbekenan dengan gift yang tergantung kat lollipop tu...


Keychain gambar patrick. Cantik.. I like very much ....

13 June 2012

Upgrade Meja Komputer

Hari ni nak tunjuk kat u all meja komputer aku. Kecik jer. Selalu meja ni bersepah. Sebab nak tangkap gambo tu yang kemas hari ni. 

Kalau tidak penuh dengan buku, cawan, pen dan macam macam lagi yang boleh diletak nak diletaknya. Kat situ jugaklah tempat nak letak my netbook. Nasib netbook kecik kalau laptop ke komputer mahu tak muat tu. 



Yang plastik Bata tu penuh dengan novel-novel. Plastik satu lagi tu tudung-tudung bawal dan Donatelo my sis yang nak dijual. Kalau berminat nak beli roger ke kita ye...(sempat promote lagi)... huhuhuhu..... 

Sebabkan meje tu sempit dan kecik terpaksalah aku cari inisiatif untuk besarkan ruangan. Nak beli meja lebih besar rasa macam rugi. 

Nasiblah dua minggu lepas ada dapat rak yang boleh lekat kat dinding tu. Rak dinding ini pun kira rezeki daripada service lori jugak tu. Kalau beli adalah tiga empat puluh hinggit kot ye...

Memang dah lama mengidam nak ada rak macam ni kat dinding. Kalau boleh nak buat bertingkat-tingkat. Tapi mr. edy asyik kata tunggu tunggu sampai rumah cat dulu. Tapi dah setahun lebih pun rumah masih tak bercat.


Cantik tak? Feeling macam rumah mewah-mewah jer. kui kui kui. Pastu saje letak patung tu sebab nak snap. Biar nampak cantik konon. 

Agaknya berapa hari boleh bertahan kemasnya cenggini.. :P

Taktik Penipuan Melalui Email : Keldai Duit

Hari tu aku ada tanya kat korang pasal macam mana nak buat penghantaran barang keluar negara sebab ada orang putih yang berminat dengan baju-baju yang aku jual tu.


Memang dari awal aku semacam tak berapa percaya semua ni. Tapi saje je lah aku melayan email dan mengikut rentak si Ben Sasalau ni.


Aku siap like FB pos laju untuk tuk tanya berapa fee untuk pos barang ke Greece. Kih Kih Kih... Semangat tu nak terbangkan baju ke Greece. :P


Pas dapat tahu berapa harga postage terus aku email kat si sasau. Dia balas ringkas je. Ayat dia "Good, send me your payment detail". Tapi lepas dapat email tu aku terus senyap.


Dia pun lepas aku senyap tak adalah kata nak follow up tanya pasal baju tu. Dah memang dia tak nak beli kan.


Dia sebenarnya lebih pada nak menjerat. Bukan aku sorang yang dia email. Ramai lagi dan kebanyakannya individu yang iklan produk diorang kat mudah.my.


My sis ada cuba tanya kat polis Bukit Aman berkenaan hal ni. Rupanya sekarang ni tengah hangat sindiket keldai duit pulak.


Pas kita bagi nombor akaun tu nanti dia akan masukkan duit dalam akaun kita dan manipulate kata dia termasukkan dalam akaun kita. Nanti kemudian mesti kita gabra then akan bayar balik duit tu ke dia.


Sejauh mana kebenarannya, cara dan motif diorang ni aku pun tak tahu. Yang pasti kalau dapat jer email dari luar negara tok sah layan. Even orang Malaysia pun banyak ragam inikan pula orang luar yang ntah sape sape ntah tu.

12 June 2012

Shopping di Hush Puppies Warehouse Sales - Hasil Rembatan

Aku beli semua baju dalam 14 helai. Ambik kau... Banyak tak? Masa nak bayar tu cashier pandang slack je ke aku. 

Terfikir jugak aku agaknya dia ingat aku tak mampu bayar, tak pun mesti dia fikir barang yang out to date pun aku nak beli. 

Kalau nak beli barang kat warehouse sales ni pandai-pandailah yea. Dah nama warehouse sales. Mestilah nak clearkan stok lama. Tapi tak bermakna stok lama barang lama. Baju baru, cantik jugak cuma bukan latest design jelah.


Pink color. Off course seluar untuk sofea. 

Seluar untuk Hakeem. Lambat lagi boleh pakai. 1 years size pun besar.


Seluar jeans untuk sofea lagi. 

Semua seluar jalan macam kat atas ni berharga RM25. To me ok harga ni. Sebab kalau ada sales kat shopping complex pun the best price boleh dapat around RM30 ++ kan...



Only one baju tuk Hakeem. RM 15. Tak adalah rasa murah tapi sebab tak nak lah kata mama pilih kasih beli untuk sofea jer. Jadi amik jugaklah baju ni sebab jumpa yang ini je paling murah. Yang lain-lain semua dalam rm 23 and above.



Baju sofea sehelai RM10. Coz brand hush puppies rasanya worth it lah sepuluh hinggit. Majoriti baju rm 10 ni banyak yang 1 year. Kalau nak up sikit rm 16 and above. Sori lah aku nak amik yang mahal-mahal tu kan. Kalau rm 16 banyak dah kat shopping mall yang ada brand dan design latest-latest lagi.

Lagi satu faham-fahamlah baju-baju hush puppies banyak na gambar anjing. Terdengar jugak sepasang customer cakap sy tak nak pattern ni sebab ada gambar ni (anjing).


Seluar stail gini semua RM15.00. Aku beli 3 helai. Pejam mata je memandang walaupun ada gambar dog (lebih manis dari sebut anjing) di situ. Nak buat basahan. Seluar sofea banyak yang dah sendat mendat. 

Pastu adalah aku beli baju t-shirt lengan panjang/pendek setiap satu harganya RM 15. Murah sikit dari tahun lepas RM 19. Kalau baju lelaki around rm 30 - rm 45. Better tak yah beli sebab kalau sales di shopping mall harga pun lebih kurang gitu jugak. 

Luggage and shoes bukan pilihan aku. Semuanya ratus-ratus. So tak payah tengok. 

Berbalik pada aku cakap kita kena bijak memilih sebab ada yang komen tak worth it pergi. Tapi kalau kita tahu matlamat kita berbelanja rasanya berbaloi untuk aku. Berbelanja sekali dua setahun untuk anak-anak dan aku habisnya dalam dua ratus oklah kan???

What do u think? Murah or mahal. 

3rd Update : Senarai Novel Terpakai Yang Ingin Di Jual dan Nama Penulis Novel & Harga

Pengalaman Pemanduan Kelantan to KL

Aku ni nama je kata ada lesen memandu kelas B2 dan D. Bab nak bawak moto memang aku rasa dah expert (ayat riak tu..:P) 8 tahun dah aku duk ulang alik kesana kemari dengan motor.


Tapi kalau bawak kereta perasaan ketaq tu masih ada. Expecially time jalan jem dan tang bukit. Jalan kat KL ni mana ada yang tak jem. Nak tak jem bawak dalam kampung atau jalan waktu malam hari je lah jawabnya kan?? Aku start gagahkan diri bawak kereta ni pun sebab mengandungkan sofea.


Masa nak balik KL dari kampung itu hari, mr. edy tak sihat. Lemah badan. Sejam berenti kat R&R Gua Musang, aku pun offer nak bawak kereta. Nak berehat lelama karang tak sampai lah KL.


Sebenarnya offer olok-olok je pun. Offer diri dengan tujuan nak hint kat mr. edy supaya jangan rehat lelama. Tapi terus pulak mr. edy bersetuju. HI3.. Padan muka kan saper suruh gatal offerkan diri.


Selama ni kalau balik kampung memang mr. edy tak pernah suruh aku bawak kereta. Kalau tak larat sekali pun mr. edy tetap gagahkan diri bawak sendiri.


Masa memula take part tu tu rasa takut dan berdebar jugak. Mr. edy dahlah lena dengan Hakeem kat belakang. Tapi bila dah lama-lama bawak kereta aku mula rasa syok.


Rasa macam sedang memandu di litar F1 sepang pulak. Bila ada lori/kereta-kereta tua kat depan yang lembab sikit je terus nak potong. Ahaks....over...:-)


Korang tahu-tahu je lah kan jalan Kelantan ke KL macam mana. Banyak bukit bukau, bengkang bengkuk. Nak nak bila dah masuk kawasan Merapoh. Jalannya ya ampun banyak betul selekoh maut. Time nak naik bukit tujuh rasa kereta sawi aku macam semput nyawa nak bergerak.


Apa-apa pun pas dah berjaya memandu dari Gua Musang ke KL rasa keyakinan diri nak bawak kereta tu semakin tinggi. Cuma satu jer, pas mr. edy tengok aku macam tak ada masalah bawak kereta, sekarang asyik nak menyuruh kita je bawak. Ni yang malas pandai bawak ni...

11 June 2012

Baik Cikgu

Ini gara-gara tengok cerita Upin Ipinlah.

Bila aku cakap 'pia lepas ni mandi, pas mandi minum susu yea.. Pas minum susu masuk tido, bom...'.

Mama bebel punyalah panjang tapi pia jawab "Baik cikgu". Siap bernada-nada. Memula kuat kemudian perlahan.

Itu belum bahasa 'lah' kat belakang tiap kali bercakap. 'oklah' 'iyelah' 'baiklah'.

Bebudak memang cepat ikut apa yang orang buat. Yang baik mahupun buruk. Jadi awas! hati-hati pada setiap percakapan dan perbuatan.



*Semoga sy dapat membimbing anak-anak dengan baik.

10 June 2012

Shopping at Hush Puppies Warehouse Sales



Dah lepas pun hush puppies warehouse sales ni. Lambat sikit nak story sebab sibuk balik kampung. 

Aku pergi ke hush puppies warehouse sales ni pun sehari sebelum balik ke kampung. Menumpang kereta adik aku. Kebetulan bini dia nak pergi lagi. Kalau tak melepas lah nak pergi. Nak harapkan mr. edy as usual bz memanjang. Kalau tak bz, tido...

Hush puppies warehouse sales tahun ni jer dah banyak kali buat. Tapi yang betul-betul jualan gudang punya adalah yang kat Puchong ni. Every year memang ada warehouse sales kat puchong ni. Aku kenal hush puppies warehouse sale since tahun 2010. Masuk ni dah tahun ke-3 aku berkunjung disini. 

Compare ketiga-tiga tahun, tahun 2010 paling the best. Dress RM6 pun boleh dapat. La ni sehelai baju paling murah RM10. Tapi coz brand hush puppies aku rasa oklah harga tu. Baju baby yang di jual kat sini semuanya untuk 1 years above.

Masa aku pergi hari tu hari kerja so orang tak ramai mana. Selesa nak shopping tapi tak dapat nak tunjukkan kat korang suasana kat sana sebab aku pergi dengan Hakeem. Sebelah tangan mengendong hakeem, sebelah tangan lagi menjalar cari baju. Sofea aku tinggalkan dengan mr. edy. Lambat sangat bangun... :P

Ruang jualan tiap tahun pun stereotaip. Ada dua bahagian. Bahagian atas more to baju-baju. Bahagian bawah pulak banyak luggage dan kasut. Bagi yang ada anak kecik tu tok sahlah bawak stroller. Memang tak ada jalan nak tolak. Silap-silap kena kendung anak ngan stroller sekali.

Ramai yang komen tak worth it pergi this warehouse sales, tapi bagi aku habis jugak dalam seratus dua. hihihi... Aku jarang shopping jadi sekali sekala shopping habis banyak tu untuk baju sofea, hakeem dan aku memang berbaloi lah kan. 

Apa-apa warehouse sales pun, kena pandai pilih dengan jayanya. Kalau tak kena memanglah akan rasa mahal/kerugian. Next entry aku letak pic baju and harga untuk penilaian u all.


*Masih menanti Anakku warehouse sales yang di Kg Jawa tu, memang dah tak ada lagi gamaknya.

08 June 2012

Rezeki dapat Sofa dan Almari

Minggu lepas sehari sebelum balik kampung mr. edy pulang bawak balik sofa dan almari. Sofa ni dapat dari satu company. Manakala almari pulak dapat dari sorang customer yang guna lori kitaorang untuk pindah rumah.


Sofa yang kitaorang dapat ni 3 + 2 seater. Balik jer dari kampung terus aku kemas letak kat bahagian dapur. Sebab bahagian dapur rumah aku pun ada TV so bolehlah duduk kat sofa ni sambil tengok TV. 

Yang 3 seater tu masih letak kat bahagian luar rumah. Rumah kecik tak muat nak bawak masuk. Biar kat luar nak mengundang si pencuri la tu... :p. Store yang baru buat tu pulak dah penuh dengan barang-barang pelamin. 

Aku suka sangat dapat sofa ni sebab bantalnya empuk compare dengan sofa yang aku beli hari tu. Sofa murah memanglah tak sedap. huhuhu...



Yang ni boleh buat almari baju kot. Almari ni memang idaman aku dari dulu. Tapi sebab bila survey kat kedai macam mahal tu sampai sekarang tak beli-beli. 

Aku suka almari jenis ni sebab minat dengan lacinya yang boleh ditarik ditutup. Bahagian atas sekali tu siap ada kunci. Leh letak dokumen-dokumen penting. I like i like......... :-)


*Alhamdulillah masih diberi rezeki yang tak putus-putus.

06 June 2012

Pertanyaan mengenai business lori

Aku ada dapat satu email dari somebody yang tak di kenali. Malas aku nak print screen untuk tunjuk kat korang. Tapi ayatnya berbunyi lebih kurang ginilah. Dia tanya tentang proses dan prosedur untuk mulakan business lori ni. Dia kata dia ada terjumpa blog lori aku tu.


Aku tak tahulah nak explain apa pasal business lori. Yang aku hanya boleh katakan beli je lah lori. Lagi pun orang yang bertanya ni bagitau dia dah dapat projek untuk run business ni.


Kalau tak tahu nak beli lori macam mana, kriteria apa yang melayakkan untuk korang beli lori pergi je ke kedai jual lori. Kat situ dia akan explain jelas sejelasnya.


Dalam dunia transport ni mana boleh dedahkan macam-macam. Semuanya P&C. Persaingannya tinggi tau. Lagi pun aku tak kenal siapa yang hantar email tu. Buatnya pesaing mr. edy (macam business lebat sangat....) hihihi. Dan email tu masuk kat spam bukan inbox. Buat ai confius sahaja.


Yang pastinya u all, apabila kita dah run sesuatu busines baru kita akan tahu segalanya. Belajar daripada pengalaman. Memang perancangan dan angan-angan kita mulanya nampak indah sekali tapi cabaran yang menanti hanya akan kita ketahui apabila busines dah jalan.


Even aku amik course business transport pun tak boleh nak duga semua yang berlaku. Cabarannya sangat hebat dan hampir buat aku dan mr. edy tersungkur pada awalnya.


Macam yang aku lalui selepas jual my novel and prelove item. Sebelum ni aku nampak syoknya orang yang berniaga online ni. Mesti masyuk. Customer ramai. Tapi rupanya banyak cabaran yang terpaksa dilalui untuk berjaya.


**Nanti aku story pasal cabaran business online aku tu yea...

05 June 2012

Kejadian aneh, Mimpi & Tahyul

Tajuk macam nak story cerita hantu je kan.. Tapi bukan. Sebenarnya kali ni nak story pasal kejadian kejadian yang telah berlaku pada diri aku dalam seminggu dua ni. Sayis disebabkan semua ni hidup aku rasa macam sedikit kucar kacir.


Dua tiga hari sebelum kitaorang balik kampung ada kejadian pinggan pecah. Bukan pinggan yang aku pegang tu jatuh terhempas kemudian terasa macam ada benda tak elok nak berlaku ye. Tak adanye aku ada instinct sehebat itu.


Tapi pinggan yang aku pegang kat tangan tu tetiba pecah di bahagian tengah. Manakala bahagian keliling pinggan masih ditangan aku. Maknanya pinggan tak jatuh pun, tapi pecah sendiri. Nasib bahagian yang pecah tu terkena dekat kuku kaki jadi tak luka.


Petang selepas kejadian pinggan pecah, aku mimpi pulak paku & besi. 2 batang paku besar dan 2 butir besi bentuk skrew ada kat selipar yang aku pakai. Luckly paku dan besi tu kat hujung selipar jadi tak kena kaki aku.


Kesimpulan kat sini pinggan dan paku/besi tak melukakan aku. Kalau ada yang berniat tak baik pada kami sekeluarga boleh kata tak menjadilah apa yang dia buat tu. Alhamdulillah kalau macam tu...


Tapi mesti korang nak kata ala mimpi je... mainan tido. Walau pun mimpi itu mainan tidur tapi aku tak nak pandang rendah pada mimpi selepas kejadian pecah pinggan yang aku rasa sangat-sangat tak munasabah. Masakan pinggan yang masih ada di tangan boleh pecah macam tu aje.


Ada jugak dalam kepala otak aku berkata kata mungkin pinggan tu memang dah nak pecah. Sebab kita letak macam-macam makanan dalam pinggan, yang panas yang sejuk...


Tapi akal waras mengatakan macam tak mungkin. Pandangan korang macam mana?


*semoga keluarga aku terhindar dari segala mara bahaya.

04 June 2012

Tak promote pun dah ada yang menyerah diri

Ingat tak hari tu ada bagitau aku dapat rak TV orang bagi. Ingat ke tak korang? Bacalah entry ni kalau korang tak ingat yea :-(


Semalam bukak email tetengok ada pulak orang yang berminat nak beli rak TV tu siap dengan nak guna perkhidmatan lori.


Kira pandailah dia yea, nak beli rak TV tu pastu nak pindah rumah guna my service bolehlah dapat penghantaran rak TV percuma. Dah terlangsung nak ke rumah dia kan.


Tengok tak promote tak apa pun alih-alih ada dah pembeli. Tak yah bukak kedai barangan terpakai pun dah ada customer datang mencari. Hi3...


Tapi serius belum terlintas nak jual lagi rak TV tu. Sebab hari tu aku ada mention rak TV yang ada kat rumah tu pun dah nyawa-nyawa ikan.


* nanti kita story rezeki yang lain pulak.

Second time balik kampung

Sekarang cuti sekolah dan aku telah selamat berada di kampung sejak hari jumaat lagi. Bagi yang tak ada anak + fulltime housewife + businessman memang tak tahu tarikh cuti sekolah ni.


Kalau cuti sekolah, kenduri pun banyak sana sini. Orang kampung kalau kita tak balik bila time bergulai (kenduri) mulala bising. Walau pun padahal kenduri tu sedara belah yang mana mana tah.


Ini kali kedua tuk tahun 2012 kitaorang balik kampung. Kali ni naik kereta la pulak. First time balik kampung kitarang naik lori. Kali ni tak larat dah nak naik lori. Boleh recall entry naik lori kat SINI.


Kitaorang balik tak lama. Petang ni dah nak bertolak balik KL semula. Tak boleh balik lelama nanti huru hara jadinya bisness.

01 June 2012

Ada sesiapa pernah pos barang ke luar negara?

U all tahu kan sekarang ni aku tengah sibuk menjual novel terpakai dan dalam masa yang sama saje test market jual my prelove item (baju kurung).

Tak sangka lah pulak ada yang berminat. First customer from Sarawak. Tapi kali ni bukan nak story pasal customer dari Sarawak tu tapi nak story pasal second customer yang sedang dealing dengan aku.

Malam semalam aku dapat email dari seseorang yang bertanyakan pasal Baju Kurung Moden aku tu. Ni semua cara-cara petang semalam aku gatai-gatai tangan pi iklankan kat mudah.my. Tak sangka ada yang email bertanyakan pasal baju tu.

Korang tengok first email dari customer ni yang aku dah print screen.


Then aku reply in short word ' Yes..still available... interested?

Kemudian customer tu balas macam ni pulak.. Korang cuba baca betul-betul. Klik untuk pembesaran.



Customer ni dari US tau u all. Pastu nak pos baju tu kat Greece. Siap nak guna perkhidmatan pos office. Aku dah check dah harga postage kalau nak hantar ke greece RM100. Baju tu aku nak jual RM25 jer. Postage lagi mahal dari harga baju.

Pastu aku bukan ada akaun paypal. Aku tak berani nak guna akaun paypal ni. Sebab kawan aku dah pernah terkena. Customer tipu.

Then dia ada mention kata nak guna bank transfer. Masalahnya aku tak tahu macam mana pulak bank transfer tu kalau dari negara lain? Korang tahu tak? Boleh explainkan tak pada sesiapa yang tahu?

Ok ker kalau aku bagi nombor akaun bank aku ke customer ni. Diorang boleh buat apa-apa tak bila dah tahu nombor akaun kita...

Aku bukanlah desperate sangat nak jual baju-baju tu semua. Takut setakat nak dapat dua tiga puluh hinggit sekali kena tipu. Ha canne, sape nak jawab tu.

Tapi kan u all, dalam masa yang sama aku excitedlah jugak. Omputih nak beli baju kita kan.... Terbang oversealah baju aku tu...

Cucuk 1 tahun

Semalam aku pergi klinik untuk cucuk Hakeem. Cucuk Hakeem setahun. Cucuk MMR(1). Apa tu ha? Lupa pulak nak tak tanya ke doktor tadi.


Untuk pertama kalinya aku pergi dengan anak-anak je. Mr. edy memang tak cukup masa nak temankan kitaorang kali ni.


Jadi semalam aku gagahkan diri sendiri bawak kereta. Sebenarnya boleh je nak bawak kereta sendiri tapi selama ni ngada-ngada nak laki teman. Kih kih kih......


Aku tak checkup kat klinik kerajaan. Jadi bolehlah pergi waktu malam. Jalan tak jem. Orang pun tak ramai.


Bukan tak nak check kat klinik kerajaan. Sofea dulu dari lahir sampai setahun enam bulan setia aku berkunjung di klinik desa rumah aku tu. Tapi sebab dua bulan pertama lepas Hakeem lahir, boleh dikatakan setiap minit dia berak. Faham-fahamlah kalau pergi klinik kerajaan berjam baru siap.


Berat/panjang/lilitan kepala Hakeem pada usia setahun sebulan ialah 8.88kg/75.0cm/45.0cm.


Doktor kata Hakeem kurang berat badan. Iyelah mana taknya, last aku pergi cucuk masa tu Hakeem 7 bulan. Berat time tu 7.8kg. Selepas enam bulan cuma naik 1kg jer.


For yesterday kena bayar RM 94. Cucuk + ubat alergik hakeem.
 
Copyright by Aziazidah