30 September 2012

Tips mewangikan peti ais

Hari ni aku share satu cara bagaimana nak menghilangkan bau-bauan di dalam peti ais terutama sekali bau ikan.

Kalau sebelum ni walaupun aku dah bersih dan lap keseluruhan peti ais masih aje ada lagi kesan bau-bau ikan yang melekat. Tapi selepas aku gunakan cara ini masalah bau ikan dapat di atasi sama sekali.

Caranya sangat mudah dan menjimatkan wang. Sudah terbukti keberkesanannya. Kini peti ais aku sentiasa wangi dan segar. :). Terima kasih my sister diatas tips yang diberikan.

Caranya :
Lapkan bahagian dalam peti ais dengan ubat gigi.

Selamat mencuba. 

29 September 2012

Promosi blog dalam Program Apa Kata Wanita Di TV1

Pernah dengar tak Program Apa Kata Wanita di TV1?


Petang khamis lepas (20 September 2012) aku ada saje-saje hantar email ke sempoi girl @ cik sakinah (email : sqina@yahoo.com) untuk offer blog aku dipaparkan dalam Segmen ADA IT dalam Rancangan Apa Kata Wanita Di TV1. Ini ekoran kes tak ada kerja. Diorang tak nak offer aku biar aku offerkan diri sendiri.(",) 

Sehari lepas hantar email berkobar-kobar aku bukak email sampai dua tiga empat kali sehari dengan harapan pihak AKW akan reply asap. Bila dah masuk hari ke lima masih tak dapat balasan, aku assume pihak AKW tak berminat dengan blog aku. Mana taknya blog-blog yang pernah disiarkan dalam program AKW aku tengok semuanya dari kalangan wanita yang hebat-hebat belaka.

Tup Tup... jumaat baru ni (28 September 2012),  selepas seminggu aku hantar email ke pihak AKW mintak pihak AKW siarkan blog aku dalam segemen ADA IT, barulah ada balasan daripada pihak AKW.  






bukti email yang pihak AKW berminat nak siarkan blog aku.
Aku tak dapat nak capture sekaligus email ni sebab screen netbook kecik..
Bawah ini aku copy paste kandungan email daripada cik sakinah@sempoi girl


Salam 1 Malaysia..

Program Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina TV1, ingin menjemput blog anda untuk pipaparkan didalam segmen  'BLOG PILIHAN' . Di mana di dalam segmen 'BLOG PILIHAN' akan memaparkan mana-mana blog yang berkaitan dengan wanita selama lebih kurang 30 saat hingga ke 1 minit.

Sehubungan dengan itu kami ingin menjemput blog anda (http://aziazidah.blogspot.com) untuk dipaparkan melalui segmen 'BLOG PILIHAN' . Dalam segmen itu nanti kami akan memaparkan halaman utama dan juga apa yang menarik yang dapat dikongsikan dengan penonton. Selain itu kami akan super alamat blog anda dalam segmen ini.

Sehubungan dengan itu, kami juga mohon jasa baik untuk 'link or share blog ZAMZARINAZAMBRI (http://zamzarinazambri.blogspot.com/) dan FB ApaKataWanitaZamzarina (http://www.facebook.com/ApaKataWanitaZamzarina) di blog anda.

Untuk memudahkan kami, sila tinggalkan nombor telefon anda.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya (SAKINAH) di talian             03-2288 7013      . 

Untuk makluman, jika tiada halangan segmen ini akan disiarkan pada 30 September 2012 (Ahad) jam 3 ptg TV1. 
Selamat Menonton dan teruskan menyokong AKW :



Menurut email ni diorang nak siarkan blog aku esok 30 September 2012 Jam 3 ptg di TV1. Betul ker ni? Aku semacam tidak percaya. Jadi untuk kesahihan marilah sama-sama kita tengok dan nantikannya esok yea...

Jangan lupa menonton di :

Saluran : TV1 (RTM)
Waktu Siaran : Ahad Jam 3.00pm
Siaran Ulangan : Jumaat , Jam 1.00pm di TV2
Pengacara: Zamzarina Zambri


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Apa Kata Wanita korang boleh ke :

FB Apa Kata Wanita Zamzarina... (TV1) : 

atau lawati 

BLOG pengacara AKW ZAMZARINAZAMBRI : 

Banyak info-info menarik mengenai wanita yang kita boleh dapat disini. 

Bersama-sama kita memartabatkan kaum wanita....

Pengalaman indah bercuti dua tahun tanpa gaji

Aku tak pastilah apa yang bakal dicoretkan disini adalah sebuah pengalaman atau sekadar satu perkongsian cerita yang bersifat recall.

Sebenarnya aku berkira-kira samada nak publish atau tak entry ini tapi disebabkan ada yang berminat nak tahu tentang pengalaman percutian indah aku menjaga anak selama dua tahun jadi aku taipkan jugak dalam kemalasan.

Buat pengetahuan semua, setakat ini percutian aku masih berbaki enam bulan. Selepas itu mungkin aku akan kembali semula bekerja sebagai 'goverment servant'. Can't imagine that day. Tak sanggup rasanya.



Individu yang bertanya semestinya bukan seorang blogger. Aku pun tak kenal. Alang-alang dah ada yang bertanya aku pun naik syok sendiri nak recall kisah singkat hidup aku. Harap maklum entry ini panjang dan memerlukan kesabaran dalam pembacaan. Diharap kamu semua sudi membaca hingga ke akhir okey.

Percutian aku bermula pada 27 April 2011. Hari kelahiran Hakeem tu. Sehari sebelum Hakeem lahir  aku tetap jejak kaki ke opis tau. Aku memang workaholic.. :-p. Pengalaman melahirkan hakeem boleh rujuk di SINI.

Aku decide amik cuti bersalin selama tiga bulan. Bukan senang nak mengandung dan beranak. Rugi kalau pilih dua bulan, buatnya lepas ni tak ada rezeki, sayang cuti tu....

Masa sofea dulu belum ada option cuti bersalin selama tiga bulan. Jadi aku tambah cuti sendiri, cuti tanpa gaji dua bulan. Jadi aku sempat jaga sofea sepenuhnya selama empat bulan sahaja. Bila hakeem ni aku decide nak tambah cuti enam bulan lagi. Jadi dapatlah jaga selama lapan bulan penuh.

Nak tahu kenapa aku berkeputusan begitu?

Satu : Aku tak ada kekuatan nak tinggalkan hakeem. Kali ni aku berjaya menyusukan hakeem sepenuhnya. Masa sofea awal-awal dah topup FM. Kalau aku kerja aku tak pasti samaada aku sekuat ibu-ibu yang lain mampu menyusung breastpump kehulu kehilir, pumping 4 5 kali sehari, bangun malam-malam, manage EBM. Owh aku sangat tabik kat ibu-ibu bekerja yang mampu buat semua tu selama dua tahun. Aku tahu aku tak mampu...

Kedua : Cost. Actually cost reason utama. Tapi saje aku letak di sini sebagai nombor dua supaya tak nampak sangat sebab utama aku cuti tanpa gaji adalah disebabkan kekurangan budget (",).

Cost menghantar anak ke nursery sahaja untuk dua orang paling kurang lima ratus. Belum termasuk perbelanjaan seperti pampers, susu, keperluan asas yang lain. Dua anak ada mahu satu ribu. Pastu dengan aku yang kerja kat Putrajaya, tiap hari kena hadap dua tol. Belum masuk minyak kereta. Parah-parah... Baiknya duduk rumah jaga anak dari kerja.

Ketiga : Nak jugak merasa jaga anak sendiri.... Semua ibu menginginkan yang ini.


Dipendekkan cerita sebab dah lama sangat duduk rumah dan target nak menyusukan anak sehingga dua tahun aku lanjutkan cuti dari enam bulan ke satu tahun dan akhirnya mohon dua tahun terus. hihihi... Ini dah masuk campuran kes malas kerja. Sedap menternak lemak di rumah. (",)

Dalam pada duduk rumah tu, aku bukan duduk ternak lemak saje-saje tau. Aku ada target dan aim nak buat apa selama dua tahun ni.

First year cuti tanpa gaji memang aku nak duduk rumah goyang kaki jaga hakeem dan sofea serta nak mendalami ilmu masakan. hehe...

Pasal apa aku nak belajar masak?

Sebab sebelum aku duduk rumah sendiri aku duduk dengan kakak dan adik aku. Tugas aku hanya masak untuk makan tengahari dan malam. Jadi menu masakan pagi memang aku fail. Setakat buat air teh/milo, buat roti sardin/bakar/sandwich bolelah. Yang berat-berat macam nasi lemak, mee bihun memang aku tak pandai.

Second year, aku target  nak buat sesuatu yang berfaedah. Tahun 2012 juga bermula aku aktif berblog. Yang dimaksudkan berfaedah disini adalah aku nak belajar sesuatu. And i choose sewing. Korang boleh membaca kisah pencarian mesin jahit aku di SINI.

Aku juga mula start belajar buat business online dengan menjual koleksi novel peribadi dan prelove item. Fyi, novel terpakai hampir terjual semuanya. Manakala baju kurung kerja aku dah habis licin orang borong. Jadi aku kembangkan dengan menjual baju kakak dan adik ipar. Alhamdulillah walaupun kurang promosi blog Antiqueshopp | My Wardrobe tapi rezeki tetap ada. Duit tu bolehla beli cikedes anak-anak. (",)

Dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan. Chewah...

Disini aku link kan bukti-bukti kejayaan aku belajar memasak dan menjahit. Antaranya aku dah pandai masak mee goreng. Ye boleh baca ceritanya di SINI. Ada banyak lagi masakan yang aku tak pandai sekarang dah pandai. Bolehlah untuk makan seisi keluarga. hi3..

Aktiviti menjahit juga membuahkan hasil apabila ada insan yang sudi mengorder. Antara contoh beg orderan orang boleh tengok di SINI. Dan sekarang dalam proses menyiapkan orderan yang lain pulak.

Alhamdulillah walaupun bukan businesswomen yang berjaya tapi i'm happy what i'm doing. Terima kasih padaMU diatas perjalanan dan percutian indah yang diberikan dalam hidup aku...

Berbalik pada pertanyaan ok tak amik cuti tanpa gaji, (entri ni sebenarnya menyimpang dari soklan) ..hehehe. Semuanya bergantung pada kita sendiri. Kalau kita rasa itu yang terbaik, terusnya.

Sebenarnya banyak faktor yang nak kena fikir. Money, mental, fizikal... Isu nursery juga sangat subjektif. Jangan disebabkan masalah yang aku pernah bahaskan di SINI kita terus nak amik jalan mudah cuti tanpa gaji. Bukan mudah menjaga anak kecik tau.

Sebab itu aku sentiasa salute pada full time housewife yang mampu menjaga anak dengan baik expecially arwah mak. Penat woo.....



*kakitangan kerajaan bukan sewenang-wenangnya boleh cuti tanpa gaji tanpa reason tertentu, perlu mengikut pekeliling yang ditetapkan.

*Anda hebat kerana dapat membaca karangan ini hingga ke akhir tanpa skip. 
Entri tanpa gambar, bosan tak? 

Entri banyak link. Terima kasih sudi baca....

28 September 2012

Rezeki dapat mesin basuh dan aquarium

Dah lama tak update pasal barang-barang yang di terima hasil daripada business lori mr. edy. Okey, hari ni aku nak tunjuk dua barang pemberian daripada dua customer yang berbeza.

Alhamdulillah, masih ada rezeki-rezeki sebegini walaupun aku bukan suka sangat dengan barangan yang kami dapat. Ayat tak bersyukur ni :-).

Orang lain berebut nak beli, aku buat endah tak endah jer. Jangan salah faham ye, aku bukannya tak bersyukur cuma rasa macam semua barang orang nak campak kami ambik. Macam pengutip pulak. :p

Hakikat yang sebenar kami sekeluarga sangat menghargainya. Terima kasih pada customer yang baik hati walaupun daku tak kenal sorang habuk pun.

Macam barang-barang yang kami dapat, ada yang aku dan mr. edy agihkan ke sedara mara. Takdelah kami nak buat duit, jual-jual walaupun ramai yang nak beli.

Seperti yang dikatakan, kami sangat menghargai, jadi mana yang kami tak berkeperluan, kami bagi kepada yang memerlukan. Kiranya aku dapat pahala, owner asal barang pun berlipat kali ganda dapat pahala. Insyaallah...

Straight to the rezeki yang aku dapat beberapa minggu yang lalu....

Mesin Basuh Auto!. 

Kalau nak dikirakan ini mesin basuh kedua yang aku dapat daripada orang. Jadi semua sekali mesin basuh kat rumah ni dah ada tiga. 

Kalau dapat benda macam mesin basuh memang aku bercadang nak simpan sebab kalau mesin basuh yang lain rosak bolehlah guna apa yang ada. Nak beli mesin basuh bukan murah.

Mesin basuh ni dapat daripada customer keturunan Baba & Nyonya. Boleh ke aku guna ye? 


Mari rapat-rapat tengok secara dekat jenama apakah mesin basuh ini. 

Yea.. brand TOSHIBA dan kapisiti boleh menampung berat sehingga 8kg. Mesin basuh kat rumah yang ada sekarang setakat boleh menampung berat sehingga 7kg sahaja. Suka..........




Yang ini pulak aquarium siap dengan stand sekali.  Ini pun aquarium yang kedua aku dapat. Yang pertama boleh tengok SINI.

Kali ni mr. edy letak kat luar. Baru je bubuh ikan dua hari lepas. Ikan kali ni beli kat kedai. Bukan macam dulu kutip kat longkang depan rumah. hehehe..

Yang ni aku suka. Cantik. Sejuk dan tenang mata memandang.


* Semoga kamu yang memberi akan dipermurahkan lagi rezeki...

27 September 2012

Sana Sini Warehouse Sales

Hari ini aku nak share info mengenai Warehouse Sales yang akan dan sedang berlangsung sekarang. Ada dua warehouse sales yang aku aim nak pergi. 

Shopping kat Jualan Gudang memang menjadi kesukaan aku. Tapi sekarang aku dah jarang jejak kaki ke warehouse2 sales, semenjak jadual kerja mr. edy yang semakin padat. 

Nak harapkan aku pergi sorang dengan anak-anak memang tak adalah. Nak ngendong anak-anak sambil pilih barang kat Jualan Gudang, maunya anak kemana, ibu kemana, barang kemana. Memang tak sesuai pergi warehouse sales dengan anak kecik kalau tak ada orang nak tolong jaga anak.





Kamdar Warehouse Sale
From 27 Sep 2012 (Thu) - 1 Oct 2012 (Mon)

Enjoy discounts up to 70% at the Kamdar Warehouse Sale. 
Located at No 1, Jalan 241, Section 51A, Petaling Jaya, Selangor. 

Call 03-7877 4936 or 03-7877 4936 for enquiries.


Aduhai hari ni dah start Kamdar Warehouse Sale. Memang dalam hati teringin yang amat nak pergi jualan gudang ni. Sejak dua tiga menjak sibuk menjahit ni, bila dah ada jualan gudang macam ni memang sesuai benar kalau dapat terjah. Mana tau ada kain ela murah-murah bolehlah memborong. Tempat ni pun tak jauh dari rumah.





SimpySiti Warehouse Sale
From 5 Oct 2012 (Fri) - 7 Oct 2012 (Sun)

Enjoy discounts up to 70% at the SimpySiti Warehouse Sale at Kompleks PKNS, Shah Alam 
From 10am until 9pm


Kalau tak dapat pergi ke SimpySiti Warehouse Sales ni pun tak apa actually. Sebab memang aku bukan jenis yang bermake up. Mr. edy kalau nampak ada lincu, bluster ke apa-apa warna tercalit kat muka memang dia tak gemar. Teringin nak pergi sebab nak tengok suasana dan keadaan persekitaran je. Boleh gitu?..:-)

Tapi Kamdar warehouse sales tu memang my desire.... 


*mr. edy boleh ke teman?

26 September 2012

Jom Check Barang Mainan Anak-Anak.

Korang suka tak beli mainan untuk anak-anak?. Aku kalau nak beli mesti nak beli yang boleh guna lama-lama. Kalau boleh, yang boleh pakai sampai tiga empat generasi.  (Cakap macam senang-senang je nak mengandung yee....)


Semalam kat rumah diadakan proses pengemasan barang-barang mainan. Semua barang mainan berjaya disatukan ditempat yang sepatutnya. Mana barang yang dah pecah-pecah tu selamat dah dibuang. Tak de istilah sayang-sayang. Campak terus dalam tong sampah. Sebelum ni apa barang pun nak simpan. 

Kemaskan? Untuk ketika proses pengemasan sahaja, pastu bersepah balik sana sini.

Fyi, anak aku baru dua orang tapi semua barang nampaknya banyak yang dah jahanam. Macam tak dan nak guna untuk anak ketiga je ni.

Okeh jom check satu-satu barang yang dah hampir jahanam itu. 


Yang ini basikal yang dikhaskan untuk kegunaan dalam rumah sahaja.
Beli masa sofea 1 tahun plus plus. Beli kat Tesco. RM 129.00.
Masa beli jenuh nak angkat basikal ni ke Price Checker.
Harga diorang tak tampal. Tak ada orang nak serve pulak masa tu.


Masih boleh guna. Cuma screw tempat sandar dah tercabut dan hilang.




Kuda ni beli time My Dear Warehouse Sales. RM 60.00.  Normal Price RM 89.00. 
Masa rayau-rayau kat dalam warehouse terus sofea berkenan dan tak nak lepaskan kuda ni.
Jawabnya WAJIB beli... Sangat berguna. Budak umur setahun lebih sikit dah boleh main. 
Tolak dengan kaki sahaja compare basikal atas tu penat mak pak nak tolak. 
Laju pun laju.
Sesuai tuk ibu jenis 'M' dan bz.. hehehe..


Tempat duduk dah pecah tapi masih boleh digunakan. 
As long as anak tak mengadu kena kepit kita suruh je diorang lenjan sampai patah riuk. 



Basikal untuk kegunaan di luar rumah. Beli di OTK. RM 96.00. 


Tapak pengayuh dah pecah. Anak-anak aku memang ganas macam maknya jugak. (",)


Agak-agak selama mana lah barang-barang ni dapat bertahan. Kalau mainan kecik-kecik tu tak yah cakap. Sehari dua beli dah rosak. Yang besar macam bouncer dan walker lama dah masuk store. Dah hancur.

Mana taknya, barang budak umur setahun yang mainnya budak umur tiga tahun. Kalau ada rezeki anak ketiga memang kena beli baru.

But i'm puas hati. Barang-barang ni semua digunakan sebaik mungkin oleh dua beradik ni. Jadi tak ada istilah rugi membeli...

Anak korang punya mainan macam mana?

25 September 2012

My customer Dynas Mokhtar

Setiap perjalanan hidup ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Mukaddimah hari ni sangat menginsafkan saya... :-p


Straight to the point, ingat tak pasal entry aku termiss call daripada TV Alhijrah (refer SINI). Ok sampai ke hari ini tak ada pun panggilan yang dinanti-nantikan itu.


Kesimpulan yang boleh disimpulkan disini, ada orang di TV Alhijrah nak sewa lori tapi sebab call tak dapat2 diorang dah cari lori lain. Siapakah owner lori yang bertuah itu? Kecewanya aku...


Walau kecewa kerja perlu diteruskan. Mr. edy lah kena teruskan buat kerja. Aku duduk lepak kat rumah, masak, basuh kain, jaga anak jer... kih kih kih...


Sebelum ter miss call dari TV Alhijrah tu memang mr. edy dah setting satu job dengan sorang customer perempuan untuk hari sabtu minggu lepas. Katanya nak angkat set bilik tidor. Senang berurusan dengan customer ni sebab dia orang Kelantan, mr. edy pun made in Kelantan. Orang kelantan kalau bertemu orang kelantan jawabnya BEREH...


Tengahari sabtu tu mr. edy call aku. Fyi, mr. edy memang jarang call bini dia kalau setakat nak tanya dah makan ke ma.. sihat ke ma... buat apa tu ma... Tak ada masanya mr. edy. Bz mengalah menteri.


Mr. edy call aku tengahari tu sebab nak bagitau customer hari itu adalah DYNAS. Dalam perbualan antara aku dan mr. edy cuma bercerita kecantikan rumah dynas sahaja.


Bila aku suruh tangkap gambar dynas, mr, edy jawab ahhh.... malas. Jadi tak dapatlah aku nak tunjuk bukti kat sini. Tapi aku percaya mr. edy tak tipu punya. Yang aku ada cuma nombor phone DYNAS but aku dan mr. edy professional. Semua data customer PnC okey.


Berbalik kepada mukadimmah tadi tak dapat bekerjasama dengan TV al hijrah tapi dapat bekerjasama dengan DYNAS pun ok per. Allah Maha Adil.


* Ada lagi projek mr. edy dengan DYNAS pas ni, insyaallah.
Nak suh mr. edy mintak autograf DYNAS lah sebagai bukti...(",)
eh! korang kenal ke Dynas?

Kopi bukan pilihan

Siapa penggemar kopi sila angkat tangan....
Aku kopi nescafe memang tak berapa nak boleh masuk ke tekak.


Kopi cap tabik @ salute brand.
Pernah dengar tak brand ni?
Aku dapat masa tolong kawan mr. edy pindah rumah.
Buat kerja amal ni memang untung, bukan sahaja dapat barang rumah, makanan pun dapat ko...


Nampak nampak?

Banyak betul sacket dalam satu bungkusan.
Sempat buat dua tiga sacket jer.
Kopi ni aku dapat dalam dua tahun lepas. hihihi...
Dah keras pun isi dalamnya.
Tiba masa untuk membuang.
Rasanya dah lama expired kan..
Kalau bukan sebab hakeem buat main memang tak sedar-sedar nak buang.
(^_^)

24 September 2012

Hakeem dan mesin basuh

Kalau sebelum ni dah rakam aksi kepala sofea berbalut sebab accident, kali ni nak tunjuk aksi hakeem dengan mesin basuh pulak. hihihi...

Sesuai dengan perangai hakeem yang suka memanjat dan berada ditempat tinggi. Sengaja tiap kali spin baju aku letak  hakeem atas mesin basuh tu.

Bukan main suka lagi hakeem bila mesin basuh tu bergegar. Daripada menangis terus senyap. Tersengih-sengih kat atas mesin basuh tu....





* Rumah aku ada dua mesin basuh. Satu manual, satu auto. Yang manual tu tempat spin dah rosak. Aku suka basuh guna manual. Jadi bila nak spin kena pindahkan ke mesin auto... :)

21 September 2012

Sofea accident ke?

Sebenarnya sofea belum lagi bebas dari lampin pakai buang sepenuhnya walau pun sebelum ni dah ada tanda-tandanya. Aku pernah bagitau tanda-tanda sofea tak nak pampers kat SINI

Lepas dah dapat tanda-tanda hari tu terus aku train sofea. Tapi banyaknya tak ajar dari ajar. Jadi sampai ke hari ni sofea masih pakai tak pakai pampers. 

Bila keluar berjalan memang pakai pampers sepenuhnya. Dan kalau kat rumah ikut mood mama dia nak pakai ke tak nak. But lebih pada pakailaa.. Mama malas. Itu yang sampai sekarang sofea bila dah lepas qada' hajat baru bagitau. Kalau bab kencing ok, dia dah pandai bagitau...

Fyi, badan sofea ni memang besar dan berisi dari budak-budak lain yang seusia dengan dia. Masa yang aku duk cerita dia tak nak pakai pampers hari tu rupanya sofea rimas pampers tu dah kecik dan sempit. Macam mana aku leh tak perasan... 

La ni sofea kena pakai pampers saiz XXL. Double XL ni memang susahlah nak dapat. Kat mydin memang langsung tak ada jual. Mungkin sebab banyak budak pakai sampai saiz XL aje kot. Memang aku kena train betul-betul pasni nampak gayanya. 

Di sebabkan susah nak cari saiz XXL jenama drypers, kengkadang terpaksa tukar jenama yang lain. Salah satu jenama yang aku guna adalah brand Babylove. Ada jual kat kedai runcit rumah aku ni. Harga pun oklah. Babylove size XXL ni jenis pant. Yang jenis sarung. Tak ada pakai pelekat-pelekat.

Aku beli adalah dua tiga paket then tak mo beli lagi. Sebabnya sofea suka buat main balut-balut kepala macam orang accident tuh. Lagi satu peha sofea tu padat, banyak isi susah nak pakai pampers jenis ni. Huhuhuhu...

Tengok tu pampers ni dibuatnya balut kepala sampai nampak  sebelah mata je.


Gaya macam ni pulak macam rupa pakai telekung pun ada. Mungkin sofea ingat ini telekung kot. 


Atau kengkadang buat macam pakai serkup kepala tu.. 

Hai sofea ni macam-macam perangai....

20 September 2012

Kad Raya : From Sabah With Love

Raya dah habis dah, baru nak update pasal kad raya.

Tahun ni aku cuma dapat dua je kad raya. kih kih kih... Ramai member dah tak ingat kat aku kot sebab lama sangat bercuti tanpa gaji. Tahun lepas aku dapat satu kad raya, tahun ni bertambah satu lagi. Kira oklah what....


Cantik kan kad raya ni. Siap ada gambar sendiri. Home made... I suka i suka. Kreatif betul Blogger ECA ni. 

Kad ni aku nak simpan leklok. Sayang... cantik pulak tu. Eca print guna kertas jenis kertas print gambar tu.. Apa nama kertas tu ye?


Blogger sekarang memang kena ada name card yea... 

Aku ingat businessman/women, travel agent je yang ada name card. Blogger ECA pun ada business edit blog kira boleh terimalah dia guna name card tu kan.. (",)


Kad raya ke dua pulak datang daripada orang Sabah jugak. Kad kedua ni lain sikit. Sebab company yang hantar. Daripada Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad kalau tak silap. Tak silap sebab kadnya dah hilang.


Memang tak menarik perhatian masa dapat kad raya ni. Tu yang letak merata-rata. Marah pun ada. Tak tahu macam mana diorang dapat nama dan address aku. Tahun lepas satu kad raya yang aku dapat pun dari koperasi ni jugak lah... hihihi...

Miss call daripada TV Alhijrah

Bila kita duk kehulu kehilir usung handset, tak ada sorang manusia pun nak call. Kita duk kelek handset satu hari satu malam bawak pi dapur, pi bilik tidor, pi bilik air, bukan kata orang nak call, satu sms pun tarak.


Kalau ada nak dapat sms, tu mesti dari celcom offer. Lebih-lebih sikit daripada nombor 28888. Nak beritahu kredit nak expired lah tu.

Tapi sekali kita letak telefon merata-rata, time tu lah berpuluh-puluh orang miss call kita. Masa kita tak terdengar ringing handset sebab handset tertinggal dalam kete or handset duduk bawah kusyen or bawah bantal, then bila kita teringat kat handset, tengok dah berderet nombor miss call. 

Paling tak boleh terima bila handset tetiba mati. Tak kiralah sebab bukak banyak sangat aplikasi kat handset sampai handset jadi hang. Tak pun handset yang kita tinggal terjatuh dari atas meja/kerusi/katil lalu terbarai semua body dengan bateri sekali. Atau pun sebab bateri kong.

Kemudian bila bukak handset berjujut sms masuk bagitau senarai nombor yang kita miss call. Pastu dalam senarai  miss call tu adalah panggilan-panggilan yang paling kita nanti-nanti. Panggilan yang urgent-urgent, penting-penting. Panggilan dari orang yang tak di kenali jugak. Bikin penasaran hati nak tau jer... Geram kan.

Macam semalam mr. edy punya handset ntah macam mana boleh terlerai bateri daripada body. Telefon cokia nokia C3 mr. edy tu memang dah nak tamat riwayat dah pun. Tak sampai setengah jam pun tertutup handset tapi dah berlambak orang call.

Di sebabkan mr. edy ni berbusiness base on call, jadi kenalah call satu satu nombor yang tak kenal tu. Dan salah satu nombor yang mr. edy call tu nombor pejabat. Dan katanya daripada TV Al hijrah. 

Sangat excited dengar TV Al hijrah call kitaorang. Glamour ko stesen TV telefon. Ko ada? Agaknya diorang call sebab nak offer casting ke apa haaa..  (Perasan)

Tapi sayang seribu kali sayang nombor tu general line, tak dapat nak detect siapa sebenarnya yang telefon mr. edy. Frust sesangat sampai ke hari ini. Meluap perasaan nak tahu kenapa TV Alhijrah call. Mungkin nak sewa lori kot...

Sebelum dapat call tu mr. edy pergi potong rambut dan angkut aku dan anak-anak naik motor. Dalam perjalanan balik baru perasan aku pakai baju terbalik. Kata orang kalau pakai baju terbalik ni nak dapat rezeki.. rezeki berganda...


* Apa related pakai baju terbalik dengan TV ALhijrah??? TV Alhijrah please call me back... huwa huwa... penasaran ni nak tahu.

* Kalau memang dijanjikan allah itu rezeki kita pasti akan ada rezeki tu, tapi kalau memang bukan rezeki kita kot mana-mana kita setting pun memang tak akan dapat.. Redha je lah...

19 September 2012

Order Second Customer : BEG TELEKUNG

Alhamdulillah, ada rezeki tuk aku. Walau pun baru bertatih belajar jahit, ada jugak yang menaruh kepercayaan nak suruh aku buat beg.

Kat luar sana berlambak dah orang jual beg-beg macam gini. Murah-murah pulak tu. Sepuluh hinggit dah boleh dapat. Tapi maybe sebab aku guna kain jeans, levis lagi tu... Itu yang unik dan lain dari yang lain. That why orang nak tempah. Kot la yea ( >_< ). Perasan....

Cuba korang survey harga beg jeans kat KLCC tu. Ratus-ratus tau....



 Full view. Kawan kakak aku suruh buat beg nak isi telekung.


Close up. Aku letak tiga butang, reben dan yang paling aku suka tag levis tu. Memang material daripada jeans levis.

Kellass kawan kakak aku nak simpan telekung. Beg telekung kenalah cantik kan. Takkanlah beg jalan jer nak lawa...




Bahagian dalam beg. Poket tu aku tampal poket belakang seluar je. Malas nak buat poket. Beg telekung tak ada poket pun tak apa.

Zip beg tu first time aku belajar buat. Berdoa sebenarnya kawan kakak aku tu tak nak beg ada zip. Nervous nak jahit. Tak berapa pandai.

Next time nak jahit zip pattern lain pulak. Sebab pattern ni memberi impak susah nak masukkan barang dalam beg. Slowly slowly la belajar. 

Macam mana, ok tak? Any comment please.... Harap-harap kawan kakak aku tu sukalah.

18 September 2012

Tak salah bukak pintu pagar rumah orang?

Hari tu aku ada story pasal nak buat pintu pagar utama. Ermm dah berdiri pun dalam lebih kurang 6 bulan. Tujuan buat pintu pagar ni sebab nak mengelak orang masuk kawasan rumah dan sebagai langkah mengelak daripada pencuri. Kisah pagar kat SINI.


Walaupun pagar dah siap lama dah, memang siang dan malam kitaorang just tutup je pintu pagar tu, tak de solex-solex kecuali ada rasa tak sedap hati baru solex dengan solex motor. Solex tak cukup. Nak beli asyik lupa jer. :-)


Walau pun tak solex itu tak bermakna kitaorang membenarkan orang masuk kawasan rumah sesuka hati. Cukuplah pintu pagar ditutup maknanya orang luar tak boleh masuk. Faham-fahamlah...


In case pintu pagar tak bertutup memang rezeki sesiapa nak masuk, nak jual barang ke nak tanya jalan ke kan. Itu aku tak marah. Yang aku marah sesangat bila pintu pagar bertutup rapat ada je tangan orang luar yang gatal-gatal bukak macam rumah mak pak dia.


Kejadian pertama masa aku tengah menjahit kat bilik belakang tetiba terdengar bunyi bising kat luar. Bila jengok kat tingkap nampak dua orang budak lebih kurang 7 tahun+- tengah menolak basikal nak seberang longkang dari tanah rumah aku ke rumah sebelah. Bila aku tegur kenapa lalu kat sini dia buat bodoh jer.


Kemudian aku pergi check pintu pagar utama nampak pintu pagar dah terbuka. Yang pintu kecik dalam pagar utama pun diorang cuba buka jugak.


Kejadian kedua selang beberapa hari dari kejadian pertama. Ada orang beri salam masa aku dalam bilik. Bila jenguk ada perempuan separuh abad bertanya pasal rumah sewa. Sambil layan soalan dia sambil mata aku duk jeling kat pintu pagar utama. Pintu pagar dah terbuka suku. Dalam banyak-banyak rumah kat kawasan ni rumah aku yang berpagar ni jugak kau nak masuk.


Kejadian ketiga selang seminggu dari kejadian pertama. Pagi ahad tu ada orang beri salam. Masa tu kul 10.30 pagi. Aku, sofea dan hakeem tengah tido lagi. hihihi... Mr. edy keje.


Orang ni jiran aku selang 10 20 buah rumah dari rumah aku. Datang bertanya nak beli almari yang aku dapat masa bulan Ramadhan hari tu. Dulu dia ni ada datang tanya nak beli almari yang lain tapi aku tak nak jual.


Ini dia tanya sekali lagi siap bagi nombor tepon sekali mana tau aku minat nak jual sebab aku kata kena tanya mr. edy dulu. Buatnya aku deal sekali mr. edy tak nak hantar aku nak angkut pakai apa.


Dengan jiran aku ni pun aku geram sebab aku nampak dia pun bukak pintu pagar aku walau pun ada laluan pejalan kaki kat sebelah  pintu pagar tu.


Aku tak faham dimana kesedaran diorang terhadap isu membuka pintu pagar rumah orang sesuka hati. Sebelum ni memang ramai makhluk-makhluk yang lalu kawasan rumah aku.

Aku tak suka that why kitaorang buat pagar. Lagi pun banyak barang yang hilang tu pasal aku rela korbankan duit hampir tiga ribu buat pintu pagar. (Bukan duit aku sebenarnya, duit kakak aku, aku bayar adalah dalam lima enam puluh hinggit jer.. kihkihkih...


Sedangkan bahu jalan pun ada tulis dilarang menceroboh rizab bahu jalan. Kalau ceroboh siap kau kena saman. Inikan pulak kawasan rumah orang. Aku tak faham manusia jenis apa diorang ni. Kalau budak, aku leh acceptlah lagi. Ini dah tua bangka. Langsung tak ada budi bahasa.


*sedang dalam proses edit mengedit blog.

16 September 2012

Period Kembali

Khamis lepas secara rasminya aku PERIOD kembali. Dah lama tak datang bulan. Mengandung 9 bulan  dan sekarang hakeem dah 1 Tahun 4 Bulan 2 minggu 3 hari kalau dihitung adalah dalam dua tahun. Lama tu...

And lama giler jugak tak beli pad. Sebelum ni suka beli jenama kotex. Tapi dua tiga hari ni aku pakai jenama libresse. Dapat gift masa beli apa ntah, tak ingat almaklum kisah dua tahun lepas punya. 

Rasanya libresse pun best jugak. Cari-cari kat mydin tadi tak ada pulak jenama libresse. So amik kotex je lah. Nak beli tadi pun rasa confius-confius je nak capai. Kemudian timbul pulak perasaan malu nak bayar. (",) 

Selalu beli pampers je. Kalau beli pamper rasa bangga sebab kita ada anak :-)

* Kalau u all suka brand apa?

14 September 2012

Saya pun ada camera DSLR (",)

Budak-budak memang suka explore. Benda yang kita tak kasi nak main itulah yang dia nak. Sampai jahanam dibuatnya semua barang.



Study lamp ini sofea duk angkut keluar dari bilik.  
Kemudian tala kat aku sambil cakap 'senyum'. 
Ingat lampu ni kamera ke?



 Sofea sedang men'setting' camera DSLR nye...



And ready for take for second time...


*study lamp ni dah terbarai semua screwnya. Untuk full view clik SINI

Ubat Kutu Yang Paling Berkesan

Masa sofea first time dapat kutu dulu aku tak pakai apa-apa ubat kutu pun. Just potong pendek rambut then masa sofea menyusu, time tu sofea menyusu badan lagi. Jadi tangan aku pun laju mencari telur kutu. Tak sampai seminggu kutu pun dah hilang.

Lain pulak kali ni, rambut sofea dah lebat. Nak cari telur kutu pun payah. Pastu sofea dah pandai bagi alasan. Bila kita nak cari telur kutu mulala dia bagi alasan nak tengok tvlah, nak tidolah, tak sihatlah. Pandai betul anak dara aku sorang ni.

Jadi nak tak nak  kenalah beli ubat kutu. Aku beli jenama A Lices/Anti Kutu. Trademark sikit punya baik ko. "Menghapuskan kutu rambut dan telur kutu".


Masa beli tu aku suruh cashier tu yang pi cari. Siap beli sekali dua botol terus. Satu botol harga RM 17.80. Terkejut aku masa nak membayau. Itulah padah tak tanya awal-awal.

Sebenarnya sebelum ni kalau nak beli apa-apa ubat semua mr. edy yang beli. Coz mr. edy outstation, aku yang tak sabar terus pi beli sendiri. Yelah kutu kan... sapa boleh bersabar. Dulu seingat aku mr. edy kata dia beli RM 3.90 sebotol. Confirm aku kena tipu ngan mr. edy. Tak kan lah semurah itu.

Dah la bila guna ubat kutu ni rasa macam tak berapa berkesan. Masa baca description ada tertulis cadangan penggunaan kali kedua adalah selepas seminggu daripada penggunaan kali pertama. Habis kalau kali pertama kutu tak mampus, sure seminggu tu dah banyak kutu yang beranak pinak.

Bila search kat internet pun ramai yang kata jenama ni tak berkesan. Dah beli baru search. huhuhu..

Ada sesiapa yang tahu jenama ubat kutu yang mujarab? Dimana nak dapatkannya yea? Dan yang penting murah...


*ingat nak pakai minyak tanah jer.

13 September 2012

Kutu Menyerang Lagi

Aku memang benci duk lelama kat kampung. Bukan aku tak suka suasana kampung tapi sebab anak buah mr. edy majoriti berkutu.


Kalau nak balik lelama mesti aku beli ubat kutu pakai siap-siap bila mandi sebagai langkah pencegahan. Biar kutu tak jadi nak hinggap bila bau ubat kutu yang busuk tu.


Tapi raya hari tu aku boleh terlupa langsung nak beli + pakai ubat kutu kat kampung. Tak ingat kisah kutu-kutu ni. Dah la balik kampung dekat seminggu.


Memang sah-sah la akan dapat jangkitan kalau tak cegah awal-awal. Dan start minggu lepas aku dah mula rasa gatal-gatal kepala. Tapi masih tak boleh detect sebab apa.


Until aku try sikat pakai sikit kutu, tetiba bertabur kutu jatuh atas surat khabar. Aku sikat guna sikat kutu bukan sebab aku syak ada kutu tapi memang tabiat aku kalau gatal kepala memang aku akan sikat dengan sikat kutu bagi keluar semua daki-daki yang ada atas kepala.


Kemudian try sikat kepala sofea pulak. Lagi lah banyak kutu yang berguguran. Memang sah aku berjangkit dengan sofea. Sofea pulak berjangkit dengan sepupu dia.


Adui memang geram + marah betullah. Macam mana dah 3 minggu raya baru sedar ada kutu kat kepala. Tahulah normal bebudak pasti akan dapat kutu. Aku dulu pun bukan main hebat kena serkup kepala memalam.


Tapi yang aku geramkan sebab raya tahun lepas anak buah yang ni ada kutu, tahun ni pun anak buah yang sama jugak ada kutu. Uii empat tahun aku kawin dengan mr. edy, rasanya dah dekat tiga tahun  jugaklah dia bela kutu tu...


Mak dia pun tak lah kiranya nak ambil langkah pencegahan. Steady jer. Aku ni tak sampai sebulan kena dah gelabah. Tiap pagi bangun tido perkara pertama capai sikat kutu, dulu handset (",).


**Ini kali kedua sofea kena kutu. Cerita kena kutu kali pertama boleh baca kat SINI. Dulu aku potong rambut sofea kasi pendek. La ni sayang nak potong pendek sebab sofea dah besar. Nak tengok gambar sofea rambut cam jantan boleh clik SINI.

12 September 2012

Makan Makan Makan........

Duduk rumah memang syok ooo... Apa kau nak makan semua boleh dapat. Macam-macam makanan ada. Janji pandai  nak masak. Kalau tak pandai sediakan je duit. Tapi kena redha kalau makcik pakcik tukang jual mencekik darah. Macam yang aku pernah kena dulu. (boleh baca kat SINI macam mana aku kena cekik).

Jom layan menu pagi, tengahari dan desert yang semakin mendapat tempat di tekak aku.


Sarapan pagi yang sentiasa menjadi piilihan hati dari kecik sampai sekarang. Ada ke kat kedai jual jemput-jemput cam ni? 

Kalau ada lebihan makanan seperti sardin, kari ayam, sambal ikan bilis, esok pagi confirm menu breakfast  aku adalah jemput-jemput. Untuk buat cicah.




Last week mengidap nak lunch ikan goreng celup tepung. Erkkk? Tak macam ikan dicelup tepung. First time masak. Tercair pulak batternya. Tapi rasanya tetap sedap. Kalau dapat makan dengan nasi kerabu lagi sedap.

Senang sangat rupanya masak ikan goreng celup tepung ni. Aku celup pakai tepung gandum. Ada orang celup guna tepung beras. Ada celup guna dua-dua tepung. Apa bezanya?

Resepi style aku adalah menggunakan bahan-bahan berikut :

Ikan kembong/mabong (dibersihkan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk (dari peti ais) -/+
garam
1 sudu besar marjerin
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara : 
Blend kesemua bahan kecuali ikan hingga sebati. Batter hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kemudian, sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, celupkan ikan ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Toskan setelah masak. Kemudian, hidangkan panas-panas bersama nasi putih atau sos cili.


Aku rembat dengan jayanya kat SINI. Ingat aku pandai sangat masak. he3...





Yes.. my desert Jeruk mangga. Desert lah sangat. hihihi... Mangga ni aku gaul dengan cuka dan gula sesedap rasa. Tahu resepi ni dari my friend orang Perlis.

Pokok mangga kat umah aku tu, la ni berbuah lebat naa. Ini dah third round aku buat jeruk mangga. Sekejap je licin. Yang jantan-jantan pun makan kemain mengalahkan orang pompuan. Adik lelaki aku, mr. edy makan sekali hadap jer.

10 September 2012

Patah Katil Lagi

Katil kawin aku memang banyak berjasa. Buat tido tiga orang pengantin. Aku, kakak aku ngan adik aku. 

Katil tu dah lama patah dah sebelum hakeem lahir lagi. Sebab sofea suka melompat atas katil. Pastu katil tu selalu tukar position. Tarik belah sini. Ubah belah sana. Tu yang lutut katil patah habis lalu menyembah ke lantai. Selamat dah aku bagi api makan.


Yang ni pulak kat katil orang bagi masa aku dapat durian runtuh masa bulan Ramadhan hari tu. (Boleh baca story rezeki Ramadhan tu kat SINI). Tak sampai sebulan pun pakai, patah lagi.

Steady je sofea landing atas katil yang patah tu. 


Now aku tak ada katil dah, letak tilam tindan dua. Tinggi jugak. Tapi tak sesedap tido atas katil. 


*Kena beli katil rege lima ribu baru tahan lama gamaknya.

05 September 2012

Petua anak pintar dan kulit cantik

Mesti semua ibu bapa mengidamkan anak yang pintar selain anak yang soleh dan solehan kan. Pastu ada baka anak lawa-lawa comel lote, lagilah suka kan.. kan......


Untuk mendapatkan kedua-dua pakej ni perlu sedikit usaha daripada anda yea. Ibu ibu bapa bapa jangan setakat duduk rumah pantau anak-anak sahaja.


Fyi, petua aku dapat daripada mak sedara mr. edy masa balik beraya di kampung tempoh hari. Keberkesanannya sudah terbukti tau.



Mak saudara mr. edy dengan rela hati perturunkan petua ni kepada mr. edy sebab nak bagi sofea jadi lebih pandai. Katanya sofea ni memang nampak cerdik dari usia sebenar. (",). Bukan puji anak sendiri ye tapi aku translate dari mulut mak sedara mr. edy sendiri. Kih kih kih.....



Anak-anak mak sedara mr. edy ni kulit diorang halus mulus, putih gebu baik perempuan mahupun lelaki. Nak tunjuk bukti, gambo tak ada sebab aku tak rapat dengan diorang.


Kengkadang memang anak kita ni masa kecik memanglah comel, cantik tapi bila menginjak ke usia remaja mulalah muka penuh dengan bulan gerhana. Bintik bintat sana sini. Dah datang mimpi katakan....


Pekerjaan sepupu-sepupu mr. edy pun quite ok. Glamour lagi mengharumkan negara. Diorang kalau bercakap speakang london sesaja. Orang kelantan tau taulah kalau cakap omputih memang kita tak boleh cam dah dalam mulut diorang penah makan budu. (",). Berabuk...


But actualy cerdik itu anugerah dari ALLAH. Tapi sebelum menyerah kepadaNYA kita wajib berusaha dengan petua-petua cam gini.


Oklah mukadimah panjang bebenor. Nah amik petua ni.



Bagi anak minum air TOMATO yang diblender. 



Senang kan? Ke korang dah tahu? Petua orang kampung. Murah dan jimat. Tak perlu pergi ke stokis atau toko jamu terpilih.  Beli je kat pasar masa korang pergi beli ikan.


Senang senang pun petua ni, jangan ko bagi anak minum satu kali pastu terus tak bagi langsung dah. Atau hari ini kau bagi sebulan kemudian baru kau bagi sekali lagi. Memang hasilnya non ada. Sikit pun tak berkesan ok. Kena bagi tiap-tiap hari barulah afdal.


*Mari kita sama-sama mencuba nak...

04 September 2012

Dah nampak gaya model dah

Sofea asal dia rasa dia lawa je mesti terkeluar ayat ni "Mama nak ambar...". Bila pakai baju baru, seluar baru, kasut baru, pakai spek mata semua tu buat sofea perasan diri dia lawa...


Nak ambar...





Nak lagi ...


Dan lagi...


Aku dulu orang nak tangkap gambar sampai ketaq-ketaq lutut. Berdiri tegak macam patung. Tangan kaki berkepit. Can u imagine? Kepit kaki sambil berdiri tegak sampai kasut terjongket ke atas. (^__*). Budak-budak sekarang celik IT sungguh...

03 September 2012

Dangerous sleep style

Sofea dan Hakeem kalau nak tido memalam memang kemain payahnya. Kena main kejar-kejar satu rumah, tengok CD upin ipin/boboiboy/barbie empat lima kali pasang baru nak tido. Kalau tak tunggulah pukul 1 2 pagi baru pejam mata diorang.

Tapi kalau nak cepatkan diorang tido ada cara. Caranya kena bawak diorang naik kereta ronda-ronda satu kampung sure senang diorang nak lena. Kalau dah tido dalam kereta just angkatkan je ke katil. Diorang akan tido sampai ke pagi.


Tengoklah lena kan hakeem tido...


Seluar biru tu sofea. Abaikan aksi yang buruk itu. Cuba fokuskan bahagian kaki hakeem. Sampai bergantung kaki si hakeem. Tu pun masih tak sedar, lena benar tidonya.




Tengok dekat sikit. Masa ni aku rasa sayang nak angkat ke katil sebab takut hakeem terjaga. Dalam 5 minit cam gitu aku angkat jugak sebab takut terjatuh pulak.

Seperti yang diduga pas angkat terus menangis budak kecik ni mintak susu. Faham-fahamlah kalau dah menyusu dengan aku aku sekali tertido sampai pagi. hehehe...