Sekarang orang tak main brooch batu-batu. Dah tak musim. Brooch batu pun tak tahan lama. Asyik tanggal jer batunya.
Sekarang musim felt. Orang berlumba-lumba belajar/buat/jual homemade craft berasaskan kain felt ni. Aku je yang jari tak berseni. huhuhu...
Macam tudung bawal yang dah tak diminati ramai. Ramai yang suka pakai shawl. Tapi sekarang kembali balik bawal jenis printed/bercorak. Betul ke?
Aku tak ikuti perkembangan fesyen sangat. Almaklum suri rumah tangga sepenuh masa. Serius memang fulltime housewife. Jarang sangat aku keluar rumah.
Adalah mr. edy bawak sekali dua bawak ke uptown Puchong dan Shah Alam. Tapi tak dapat nak ronda lelama, anak masih kecik tu.
Nak shopping online pulak aku tak berani. Bukan masalah tak berani tapi aku mengaku aku memang sedikit fussy. Banyak sebenarnya. Kalau baju memang aku tak akan beli online.
But brooch... yeayy aku dah berjaya keluar dari kepompong kekampungan. Pertama kalinya beli secara online.
Antara brooch yang aku order online. Semalam pos hari ni dah dapat. Pos laju memang laju.
Cantik tak u all?
Kalau u all berminat nak dapatkan brooch yang comel lote macam aku bolehlah jengah laman web Trendysite http://craftcantik2u.blogspot.com/ atau facebook : Trendysite. Bukan brooch sahaja yang dijual di Trendysite tapi ada sepit/aligator/headband & macam-macam lagi.